Kasih Sayang menyelesaikan masalah

Nowdays, banyak cubaan dan dugaan yang harus dilalui oleh ibu-bapa, pendidik, pelajar dan masyarakat dalam mengurus, merancang, mengambil tindakan sebagai rutin harian mereka 'selagi nyawa dikandung badan'. Inya berhubung kait rapat antara satu dengan yang lain untuk mencapai objektif nilai-nilai murni yang dikehendaki oleh agama dan masyarakat.

Perlunya ada nilai "Kasih Sayang" dalam kita meniti kehidupan harian kita seperti kasih dan sayangnya ALLAH kepada Hambanya. ALLAH tidak putus-putus memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita walaupun pelbagai-bagai kesalahan yang telah kita lakukan. Kasih dan sayang adalah fitrah manusia dan kita tidak perlu mencari jalan yang susah untuk kita mencapai kebahagian dan keharmonian dalam rutin harian kita. Kasih sayang akan bersinar AURAnya dan akan nampak jelas hakikatnya jika kita memberi dan menerimanya seiklas hati. Tidak perlukan balasan dan ganjaran.

Tegur, berbincang, berbual, belajar, mengajarlah dengan penuh kasih sayang. Saya bersungguh- sungguh menyeru kepada semua peringkat masyarakat supaya tunjukanlah kasih saya anda kepada para pelajar dan anak- anak kita ini. Supaya meraka dapat merasakan sehingga menusik ke mata hati mereka. Moga, ianya menjadi penyembuh kepada hati-hati yang penuh kemarahan dan penuh kebencian.

Sekian,

"JOM JADI LEBIH PINTAR" dengan Alfa Tuition Centre