“Pusat Tuisyen Alfa” telah memulakan operasinya secara kecil-kecilan pada Julai 2007 dengan jumlah pelajar seramai 12 orang sahaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Olak Lempit. Mata pelajaran yang diajar pada ketika itu ialah Mata Pelajaran Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar dari Darjah 1 sehinggalah Darjah 6.
Pada Disember 2008 Pusat Tuisyen Alfa telah berkembang dengan jumlah pelajar yang meningkat sebanyak 100 peratus dan jadual kelas yang bertambah kepada dua sesi. Pada dasarnya, Pusat Tuisyen ini bertujuan untuk membantu anak-anak kampung yang lemah dan tercicir dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris berikutan hasrat Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Walaubagaimanapun, Pusat Tuisyen ini telah menerima banyak permintaan daripada ibu bapa untuk mewujudkan Mata Pelajaran lain seperti Matematik, Bahasa Melayu dan Sains. Oleh itu, satu pakej penuh Mata Pelajaran selaras dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan ditawarkan sekitar Mac 2009. Pusat Tuisyen ini menjangka akan menerima lebih pelajar dengan pertambahan Mata Pelajaran tersebut.
Sungguhpun kelas-kelas hanya diadakan di sebuah rumah kampung biasa, namun Pusat Tuisyen ini sentiasa berusaha untuk memastikan suasana pembelajaran yang selesa dan harmoni. Untuk itu, penambahbaikan fasiliti belajar akan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Tenaga Pengajar yang ada juga sentiasa memberikan khidmat pengajaran yang terbaik kepada semua pelajar dengan kaedah-kaedah pembelajaran yang menarik dan berkesan. Sumber-sumber pengajaran adalah mengikut sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dengan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang terkini.
Bagi memastikan operasinya berjalan dengan lancar, Pusat Tuisyen ini telah mengadakan satu pakatan teknikal dengan sebuah Pusat Tuisyen yang terkenal di Rawang, Selangor yang telah bergiat selama lebih lima tahun dalam bidang ini. Pusat Tuisyen yang dikenali sebagai Pusat Tuisyen Visi Bijak ini menghulurkan khidmat bantuan teknikal dan rundingan kepada Pusat Tuisyen Alfa bagi memastikannya terus kompetitif dan kompeten dalam khidmat pengajaran yang diberikan.